Pada 23 Disember 2009 (Rabu) jam 9.00 pagi, Saudara Jamaluddin Bin Abd Rani (54 thn) telah kembali ke Rahmatullah di HTAA Kuantan. Telah dimasukkan ke HTAA pada petang Isnin, 21 Disember 2009 kerana serangan angin ahmar.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang amat besar kepada Kampung Jaya Gading. Beliau adalah Setiausaha JKKK, UMNO dan juga Khairat Kematian. Jasa dan pengorbanan beliau kepada masyarakat kampung memang tidak dapat dinafikan dan akan terpahat segar dalam ingatan.
Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Jaya Gading pada jam 3.30 petang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH.....